Image Banner

SIMULASI HAJI CILIK 2022

Pada 20 Julai 2022, telah berlangsung program Simulasi Haji Cilik anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) peringkat negeri Johor. Program telah dijalankan di Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini Skudai. Sebanyak 41 buah tadika swasta yang berdaftar di bawah PERTIM telah menyertai program tersebut dengan kehadiran seramai 1235 orang anak-anak tadika usia 5-6 tahun.

Manakala, Rangkaian Tadika IMAN telah menghantar seramai 235 orang anak-anak daripada 11 cawangan tadika.

Objektif program ini adalah:-
1. Memberikan proses pembelajaran dan pengalaman kepada murid tentang perjalanan ibadah haji.
2. Mencetuskan inspirasi dan keinginan kepada anak-anak untuk melaksanakan ibadah haji pada usia yang muda.
3. Mendedahkan praktikal kepada anak-anak untuk mempelajari tentang rukun haji.


Anak-anak dapat merasai pengalaman membuat prosedur haji seperti saei, tawaf, melontar jamrah, tahallul dan juga melihat simulasi ibadah korban.

Anak-anak telah dapat merasai pengalaman melaksanakan ibadah haji. Pengalaman yang mahal yang mungkin tidak dapat dirasai di tempat lain selepas ini.


Tahniah haji cilik.


Untuk melihat galeri gambar boleh klik di link di bawah
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2516177221849438&type=3

 

LAGI

PENDAFTARAN 2022 DIBUKA SEKARANG

PENDAFTARAN 2022 DIBUKA SEKARANG

Berita baik untuk semua ibu bapa yang masih mencari Tadika, Taska dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak untuk anak anda. Pendaftaran 2022 dibuka sekarang untuk semua rangkaian IMAN.


PENDIDIKAN DI IMAN
____________________

Kami menyediakan model alternatif pendidikan awal kanak-kanak yang berteraskan Islam dengan moto "WHERE GOOD VALUES BEGIN". Model konseptual IMAN meletakkan Tunjang Kerohanian sebagai paksi dan ianya merentasi kurikulum.

Kami membantu ibubapa mendidik anak dalam MENERAPKAN NILAI dan MEMBENTUK SIKAP agar menjadi Soleh wa Musleh.


PENDEKATAN IMAN
__________________

* Pembelajaran yang menyeronokkan
* Belajar melalui bermain
* Penglibatan aktif
* Aktiviti kreatif
* Aktiviti yang memupuk keyakinan dan ketrampilan diri
* Pembelajaran bertema



CARA PENDAFTARAN
_________________

Klik E-Aplikasi > Pendaftaran






LAGI

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PUAN HJH. MASNAH SULAIMAN DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH URUSAN IMAN ELC SDN. BHD.

Seluruh warga IMAN ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Puan Hjh. Masnah Sulaiman di atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Urusan IMAN ELC SDN. BHD.

Semoga IMAN akan terus maju di bawah pimpinan beliau.

LAGI

SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH PUAN HJH. RAMLAH ABDUL RAHIM @ NAILAH TANG

Selamat Bersara diucapkan kepada Pn. Hjh. Ramlah Abdul Rahim @ Nailah Tang, Pengarah IMAN ELC SDN. BHD.

Seluruh warga IMAN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala khidmat bakti Puan Hjh. Nailah yang telah bersara pada 30 Jun 2021 (Rabu) setelah berkhidmat selama 24 tahun bersama IMAN. Bermula dengan menjawat jawatan sebagai Pengurus Rangkaian Tadika IMAN sebelum bertukar jawatan terakhir sebagai Pengarah Urusan IMAN ELC SDN. BHD. pada tahun 2016 sehingga kini.

Segala jasa & khidmat serta sumbangan beliau amatlah dihargai.

Persaraan Puan Hjh. Nailah daripada jawatan Pengarah Urusan IMAN ELC SDN. BHD. disifatkan satu kehilangan besar kepada seluruh warga IMAN.

Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat dan terus berjuang untuk memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

 

Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.

Selamat Bersara.

 

LAGI

PROGRAM CUTI SEKOLAH (STEM CAMP 2019) – NATION HERO : REBUILDING THE CITIES

🌈Program Cuti Sekolah IMAN Kembali Lagi🌈

Anda dah rancang aktiviti anak anda sepanjang cuti sekolah ni?

Nak sesuatu bermanfaat untuk anak? Kami tawarkan aktiviti yang menarik untuk anak anda!😁

Jom sertai kami! 🥰

HANDS On program @ Tadika IMAN.

STEMcamp
STEMcamp2019
Sains akan jadi lebih mudah untuk difahami dengan menggunakan peralatan hands-on yang kami sediakan.
Kanak-kanak bertambah seronok, kreatif dan berkeyakinan dengan melakukan aktiviti secara individu dan berkumpulan.

Nation Hero : Rebuilding The Cities STEM Camp 2019.
BE A NATION HERO!

9 STEM HANDS ON ACTIVITIES
✅ Powerful plane
✅ Super Filter
✅ Durable bricks
✅ Mighty boat
✅ Butter in a jar
✅ Mini vacuum cleaner
✅ Galloping horse
✅ Junior builder
✅ Spinning Cart

Sesuai usia 4 – 12thn.

Daftar Sekarang ❗️❗️
Program berjalan serentak di 12 premis Tadika IMAN Zon Selatan dan Utara.

📆 Hari : KHAMIS
📅 Tarikh : 28 NOV 2019
⌚️Halfday : 8.00 pg – 1.00 tghr
🥤🍛 Sarapan dan Makan tengahari disediakan.
📜 Sijil penyertaan disediakan.
✅ Sesuai usia 4 – 12 tahun.
✅ Setiap anak akan dibekalkan 1 set kotak Nation Hero STEM Camp! 🤩
💵 YURAN PENYERTAAN : RM85.00 SAHAJA

WOWWWW!!! MENARIKNYA 😱

BEST KE BEST !!🥰

Jom sertai sekarang ❗️

Klil di bawah utk daftarkn anak anda 👇

DAFTAR DISINI
DAFTAR DISINI
DAFTAR DISINI

Utk pertanyaan boleh WhatsApp ke HQ di WHATSAP

Tarikh Tutup Penyertaan : 20 NOVEMBER 2019

LAGI

GRAND IHTIFAL RANGKAIAN TADIKA IMAN ZON SELATAN 2019

Rangkaian Tadika IMAN telah mengadakan majlis Grand Ihtifal Rangkaian Tadika IMAN Zon Selatan 2019 pada hari Sabtu 12 Oktober 2019 bertempat di Dewan Auditorium RTM Johor Bahru, Johor.

Aturcara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran anak-anak dan ibubapa. Ucapan pembukaan dan aluan disampaikan oleh Pengerusi Pendidikan IKRAM Negeri Johor iaitu Hj Hassan Hushin. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Ab. Rahim bin Lamin, Timbalan Pengarah Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar MyCARE iaitu Puan Roha Hassan.

Majlis Grand Ihtifal ini diserikan dengan persembahan anak-anak bertemakan Kegemilangan Islam seperti Nasyid “Muhammad Al-Fateh, BIcara Berirama “Al-Quran Kalamullah”, Boria “Adab dalam Islam”, Drama Muzikal “Palestina Tercinta”, Teater “Ibnu Sina”, Nasyid “Khulafa Ar Rasyidin”, Pakaian Beragam “Muslim In The World” dan Nasyid “Sallahuddin Al Ayubi”

Majlis penyampaian sijil dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan 1 terdiri daripada Tadika IMAN Taman Johor, Taman IMAN Taman Desa Baiduri, Tadika IMAN Taman Pasir Putih dan Tadika IMAN Taman Universiti.

Manakala Kumpulan 2 terdiri daripada Tadika IMAN Taman Sri Skudai, Tadika IMAN Bandar Baru Uda dan Tadika IMAN Bandar Pulai Jaya.

Lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir dijadikan sebagai persembahan penutup di mana semua pelajar seramai 229 orang naik ke pentas dan membuat persembahan penutup bersama-sama.

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan